💍 Laman Perkahwinan — Satu Platform, Semua Impian Majlis Anda.
Laman Perkahwinan ialah destinasi lengkap bagi bakal pengantin yang ingin menguruskan majlis impian tanpa stres. Kami menggabungkan pakej perkahwinan eksklusif, servis tersusun, dan harga yang mampu milik — semuanya di bawah satu bumbung.
Daripada pelamin impian yang elegan, busana pengantin rekaan moden & tradisi, hingga ke katering bertaraf hotel, jurugambar profesional, dan pengurusan acara yang terlatih, setiap perincian diatur dengan penuh teliti oleh pasukan berpengalaman kami. Matlamat kami mudah — supaya anda dan pasangan boleh menikmati hari bahagia tanpa risau tentang koordinasi, bajet, atau masa.
💫 Sama ada majlis di dewan, taman, atau resort tepi tasik, Laman Perkahwinan memastikan setiap detik dirakam dengan penuh makna dan keindahan.
Pakej Majlis Nikah Sanding
Tawaran Pakej Nikah & Sanding • Ruang Kahwin & Bertunang • Pakej Majlis Perkahwinan Nikah Sanding — Venue/Dewan Pilihan: Selangor | Kuala Lumpur | Melaka | Negeri Sembilan
☎ 017-282 6274Pilih Kapasiti (pax)
Tekan butang untuk WhatsApp sebut harga pantas & slot tarikh.
Venue/Dewan Pilihan — Selangor | Kuala Lumpur | Melaka | Negeri Sembilan
Selangor
- Forest Valley Hall (Mahkota Cheras)
- IDCC Shah Alam
- A-Park — The Square / HuBB Puchong
- Agenda Suria, Subang
- Lake Point Club, Alam Impian
- Aireka Damansara
- 360 EcoHill, Semenyih
- Sekamat Grand Palace
Kuala Lumpur
- Glasshouse at Seputeh
- The Colony, Star Boulevard
- Bayswater @ KLCC
- The Estate
- Brick Studio by Metal Bees
- The Luna Hall
Melaka
- Casa Lagenda
- Shah Beach Resort (majlis tepi pantai)
- MITC / dewan komuniti terpilih
Negeri Sembilan
- Majestic Hall (Port Dickson)
- Seri Menanti Hall / dewan daerah
- Dewan komuniti pilihan sekitar Seremban
💐 Pelamin Moden & Dekorasi Impian
Rekaan pelamin moden kami dihasilkan oleh pasukan dekorasi berpengalaman yang memahami gabungan warna, tekstur dan pencahayaan. Kami menawarkan pilihan konsep seperti Garden Romance, Luxury Burgundy Gold, Minimalist Elegance, dan Traditional Classic — setiap satunya menonjolkan keanggunan tanpa keterlaluan.
📸 Fotografi & Videografi Profesional
Kenangan indah anda diabadikan oleh jurufoto dan juruvideo berpengalaman. Setiap pakej fotografi perkahwinan termasuk sesi pra-perkahwinan, liputan majlis penuh dan suntingan profesional dalam gaya sinematik. Kami memastikan setiap detik penting — dari akad nikah hingga majlis persandingan — dirakam dengan sempurna dan diserahkan dalam format berkualiti tinggi.
💰 Harga Pakej Mampu Milik — 100 hingga >1500 Pax
Kami percaya majlis indah tidak semestinya mahal. Laman Perkahwinan menawarkan harga pakej lengkap yang mampu milik, sesuai untuk majlis kecil seramai 100 pax hingga majlis besar lebih 1500 pax.
🎉 Majlis Disesuaikan Mengikut Bajet & Keperluan
Setiap pelanggan boleh menyesuaikan bajet mengikut keperluan — sama ada untuk majlis sederhana keluarga atau majlis eksklusif bertaraf hotel. Semua perincian kami sediakan agar anda tidak perlu risau tentang pengurusan, dari jadual vendor hingga penyelarasan acara keseluruhan.
Kenapa Perlu Pilih Pakej Lengkap
Pakej lengkap menjimatkan masa, tenaga dan kos — semuanya disusun profesional oleh pasukan berpengalaman agar majlis anda berjalan lancar dari mula hingga akhir.
🎯 Satu Harga, Semua Termasuk
Tiada caj tersembunyi — anda tahu jumlah sebenar sejak awal termasuk dewan, katering, pelamin & busana.
🤝 Koordinasi Profesional
Pasukan berpengalaman mengurus vendor, jadual, dan aliran acara supaya anda tidak perlu risau tentang teknikal.
⏰ Jimat Masa & Tenaga
Segalanya diurus satu tempat — tak perlu lagi mencari vendor berlainan atau mengatur jadual sendiri.
💐 Pelamin & Dekorasi Eksklusif
Rekaan terkini mengikut tema pilihan — moden, tradisional, garden, atau glam mewah.
🍽️ Katering Halal Premium
Menu istimewa dengan pelbagai pilihan hidangan buffet atau dome, disediakan oleh chef bertauliah.
👗 Busana & Makeup Profesional
Disediakan pereka fesyen dan jurusolek berpengalaman untuk memastikan penampilan sempurna di hari bahagia.
📸 Fotografi & Videografi Lengkap
Rakaman berkualiti tinggi dari akad hingga sanding, termasuk highlight sinematik dan album digital.
🏛️ Pilihan Dewan Eksklusif
Senarai dewan terbaik seluruh Lembah Klang dan Melaka — siap dengan dekorasi & katering.
💌 Servis Selepas Majlis
Kami bantu semak hasil akhir, serahan foto/video dan penilaian kepuasan pelanggan selepas majlis selesai.
Dewan Pilihan Kuala Lumpur / Selangor
Pilihan lokasi popular & eksklusif untuk majlis perkahwinan.
Nota: Klik Lihat Detail untuk info lokasi atau Tempah Pakej untuk terus WhatsApp.
GlassHouse Seputih
Dewan kaca moden dengan pemandangan bandar KL.
Forest Valley Hall
Lokasi eksklusif dengan suasana alam semula jadi di Cheras.
IDCC Shah Alam
Pusat konvensyen serba lengkap untuk majlis besar.
A-Park — The Square / HuBB Puchong
Ruang serbaguna bergaya moden di Puchong.
Agenda Suria, Subang
Dewan elegan sesuai untuk resepsi eksklusif.
Dewan Sri Endon Putrajaya
Dewan rasmi kerajaan dengan reka bentuk moden.
Ampang Glasshouse
Ruang bertema kaca dengan cahaya semula jadi.
The Avenue Putrajaya
Lokasi moden dengan dewan luas & berhawa dingin.
Lake Point Club, Alam Impian
Ruang menghadap tasik untuk majlis romantis.
Embun Resort Putrajaya
Resort dengan suasana damai & eksklusif.
Marina Bay Putrajaya
Venue tepi air untuk majlis eksklusif.
Dewan LKIM Puchong
Dewan serbaguna moden dan selesa.
The Colony, Star Boulevard
Dewan mewah di tengah-tengah KL.
Brick Studio by Metal Bees
Venue industri moden untuk majlis unik.
The Luna Hall
Ruang moden dengan pencahayaan dramatik.
Bayswater @ KLCC
Lokasi eksklusif berhampiran KLCC.
The Estate KL
Venue mewah dengan gaya klasik kontemporari.
Taman Ekuestrian Putrajaya
Ruang hijau luas sesuai untuk outdoor wedding.
DXN Cyberville, Cyberjaya
Venue moden & selesa di Cyberjaya.
Aireka Damansara
Ruang moden & versatil untuk pelbagai tema.
360 EcoHill, Semenyih
Dewan moden dengan pemandangan bukit.
Sekamat Grand Palace Event Hall
Venue besar untuk acara korporat & perkahwinan.
Dewan Sri Endon
Dewan rasmi eksklusif untuk majlis besar.
Rinjani Majestic Shah Alam
Dewan megah dengan hiasan elegan.
Butiran Lokasi
- Kapasiti tetamu & susunan meja.
- Kemudahan parkir & akses lokasi.
- Pakej dekorasi & tema pilihan.
- Perkhidmatan katering & menu.
- Promosi & diskaun tempahan awal.
Tempah Pakej
Dewan Melaka • Negeri Sembilan • Hotel & Katering
Pilihan lokasi & pakej eksklusif untuk majlis anda.
Nota: Klik Lihat Detail untuk info lokasi atau Tempah Pakej untuk WhatsApp 60172826274.
🏨 Hotel / Kelab Golf / Bungalow
Hotel Flamingo Ampang
Hotel dengan dewan & pemandangan tasik.
Ehsan Seaview Hotel Port Dickson
Hotel tepi laut untuk majlis romantis.
Monterez Golf Club
Kelab golf dengan ruang elegan & eksklusif.
Bangi Golf Club
Dewan serbaguna dalam suasana hijau & tenang.
🏛️ Dewan Negeri Sembilan
Dewan PEKERTI
Dewan serbaguna untuk majlis rasmi & perkahwinan.
Galeri Diraja Tuanku Jaafar
Lokasi berprestij dengan sentuhan diraja.
Dewan MAINS
Dewan rasmi lengkap fasiliti & ruang luas.
The Grand Hall, Lukut, PD
Dewan moden dengan kemudahan lengkap.
Majestic PD
Ballroom mewah di Port Dickson.
Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan
Masjid ikonik dengan kemudahan tetamu.
Masjid Putra Nilai
Ruang khas untuk majlis perkahwinan.
Casa Lagenda
Lokasi moden bergaya untuk majlis eksklusif.
🏛️ Dewan Melaka
Mini Stadium Bistari
Ruang luas & selesa untuk majlis besar.
Shah Beach Resort
Resort tepi pantai romantis & elegan.
Klebang Glasshouse
Dewan moden bertema kaca, eksklusif & bergaya.
🍽️ Pakej Katering / Rumah / Canopy
📍 Negeri Sembilan
Katering lengkap untuk majlis rumah/dewan sekitar N9.
📍 Melaka
Pakej menu & setup canopy di sekitar Melaka.
📍 Kuala Lumpur
Pilihan katering premium untuk KL.
📍 Selangor
Katering & canopy lengkap sekitar Selangor.
Butiran Lokasi
- Kapasiti tetamu & susunan meja.
- Kemudahan parkir & akses lokasi.
- Pakej dekorasi & tema pilihan.
- Perkhidmatan katering & menu.
- Promosi & diskaun tempahan awal.
Tempah Pakej
Pakej Lengkap Perkahwinan
Pilih kapasiti tetamu anda dan kami akan padankan dewan serta pakej terbaik. Klik mana-mana butang PAX di bawah — WhatsApp terus terbuka dengan mesej siap diisi.
Pilih Kapasiti Tetamu
Borang Tempahan Ringkas
Suasana yang sangat menyenangkan Majlis Perkahwinan & Pernikahan.hiasan bunga di laluan mempelai,hamparan permaidani merah,penggunaan set meja makan dan kerusi chiavari menyerlahkan lagi ciri-ciri modern Inggeris dan ekslusif yang ditampilkan.Jangan lepaskan peluang untuk mengadakan majlis pernikahan anda dalam suasana penuh eksklusif di venue kami
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Event wedding sediakan pakej Untuk sebarang majlis.
Anda boleh melihat package yang kami tawarkan tanpa dewan.
Anda boleh memilih beberapa pilihan pakej.
Anda boleh memilih pakej seminar beberapa pilihan dewan dan keluasan.
Anda boleh memilih pilihan pakej majlis makan malam.
Anda boleh memilih pakej pelancaran produk dengan beberapa tema pilihan.
Anda boleh memilih pakej pelancaran produk perniagaan anda.
PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN
Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, tentu sekali dada sedang berdegup kencang.
Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi. Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun
setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disudahkan dengan baik.
Apa yang lebih penting, semoga majlis berjalan lancar dah diberkati. Amin..
1 PILIH TARIKH
Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.
Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.
Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.
Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.
2 HADIRI KURSUS KAHWIN
Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.
Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.
3 MENEMPAH DEWAN, HOTEL, CATERING DAN LAIN-LAIN
Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.
Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.
4 TEMPAH JURU NIKAH DAN ANDAMAN
Perkara ini juga tidak kurang pentingnya. Bagaimana hendak nikah jika tiada juru nikah? Bagi yang ada bapa dan boleh menikahkan anak tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada, perlulah mengambil khidmat juru nikah. Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Pasangan dinasihatkan supaya memilih dan menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal.
Pilihan untuk membuat tempahan perlu dikecilkan sedikit supaya anda tidak rambang mata dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Tanya kepada keluarga atau kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat andaman yang ingin anda pilih. Jika layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat bagus, anda boleh memilih butik tersebut. Dalam membuat pilihan tema dan warna semasa majlis, anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan.
Hal ini kerana, perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan. Kenalpasti tema pelamin yang anda inginkan terlebih dahulu. Jika sudah ada yang berkenan, barulah berbincang dengan pereka pelamin. Jangan mengambil masa yang lama untuk memikirkan tema kerana masa akan terbuang begitu sahaja.
5 TEMPAH KAD JEMPUTAN KAHWIN
Setelah tarikh dan tempat untuk melangsungkan persandingan telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menempah kad jemputan. Sebelum menempah, pastikan anda telah memilih tempat untuk membuat dan mencetak kad jemputan. Anda perlulah rajin untuk membuat pemilihan melalui internet tentang tema-tema terbaru dan terkini. Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.
Antara isi kandungan kad jemputan yang perlu diletakkan ialah nama pengantin dan keluarga berserta nombor telefon supaya mudah tetamu hubungi. Alamat rumah jika bersanding di rumah, tetapi kalau di dewan atau hotel, perlu memberitahu alamat dan peta. Rekaan peta tempat majlis persandingan juga perlulah jelas dan mudah difahami. Selain itu, selitkan juga waktu jamuan makan dan persandingan. Bagi umat Islam, kad jemputan selalunya ada tertera doa untuk pasangan pengantin. Lagi baik jika anda turut meletaknya. Keberkatan dan doa semua tetamu sangat penting bagi kesejahteraan pengantin.
6 JALANI UJIAN HIV
Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV. Hal ini akan menjadi teruk dan parah lagi, jika anda tidak buat ujian saringan ini, dan pasangan pula pembawa HIV, ditakuti anak yang akan lahir turut mendapat HIV. Sebelum keadaan menjadi parah lebih baik kita cegah dahulu daripada terlambat. Mudah sahaja untuk melakukan ujian ini.
Jadi setiap pasangan perlu ke klinik kerajaan yang berdekatan, tanpa perlu temu janji kerana prosedur saringan ini ambil masa sekejap sahaja. Semasa di klinik, anda akan diberi borang untuk diisi, kemudian jari anda akan dicucuk untuk mendapat sampel darah. Setelah itu keputusan ujian akan diberitahu tanpa tunggu lama. Jadi jika ujian saringan ini membuktikan anda dan pasangan bebas dari jangkitan HIV, anda berdua boleh tersenyum panjang tanda bahagia.
7 DOKUMEN DAN BORANG PERKAHWINAN
Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.
Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. Cara ini selalu diamalkan di negeri Johor Bahru. Setiap negeri berbeza prosedur yang dikendalikan oleh Jabatan Agama tetapi sama dari segi keperluan yang asas dan wajib.
AKHIR KATA
Dalam melayari alam perkahwinan, setiap pasangan akan melalui pelbagai ujian dalam hidup. Jadi perlu diingatkan, kahwin bukan semudah yang disangka. Jika masih kurang ilmu di dada, perlu dalami lagi dan perlu bersedia fizikal dan mental.
Menempuhi Alam Perkahwinan
“ Perkahwinan ialah perjalanan dua jiwa yang saling menguatkan — dibina atas kepercayaan, dipupuk dengan kasih, dan disempurnakan oleh kesabaran. Dalam susah dan senang, kita belajar memberi, menerima, dan bertumbuh bersama. ” — Laman Perkahwinan
Dari malam sampailah ke pagi. Tetamu datang bukan nak jamu mata tapi nak jamu perut. Rasa penat memandu ke majlis anda terus hilang disaat menjamah Menu Katering. We’re the best caterer yang pakar dalam masakan!
News & Tips
Pakej Perkahwinan Lengkap antara pakej yang menjadi pilihan utama oleh bakal raja sehari hari ni. Rata-rata mereka nak senang kerja. Tak nak peningkan kepala dan susahkan kaum keluarga dengan persiapan perkahwinan yang agak rumit. Kerana sambutan untuk pakej perkahwinan lengkap sangat releven pada hari ini.
Soalan Lazim (Q&A) Katering Majlis Perkahwinan — The Kenduri Catering Panduan Katering Perkahwinan Soalan & Jawapan Lengkap — Katering Majlis Perkahwinan Jawapan praktikal untuk semua perkara berkaitan katering: pakej, menu, kos, logistik, tasting, dan tip supaya majlis anda berjalan lancar tanpa pening kepala. Minta Sebut Harga Lompat ke FAQ Q&A Lengkap Tentang Katering Majlis Perkahwinan […]
FAQ FAQ — Laman Perkahwinan Soalan lazim untuk bantu anda merancang majlis impian — dari tempahan dewan, bajet, vendor, hingga ke timeline 24 bulan yang lengkap. Lihat FAQ Hubungi Kami lamanperkahwinan.com Laman Perkahwinan Eksklusif ✨ Majlis Eksklusif Impian Anda ✨ Kami sedia membantu merancang perkahwinan penuh gaya & bermakna. WhatsApp Kami Atur Temu Janji Dapatkan […]
Harga pakej perkahwinan dijangka meningkat sekitar 15% hingga 20% pada tahun 2026 berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor utama: Kenaikan harga barangan Kos bahan asas seperti bunga segar, dekorasi, katering, dan pakaian pengantin turut meningkat seiring inflasi dan perubahan pasaran. Bahan import atau yang bergantung kepada bekalan luar negara akan menyumbang kepada […]