Bukti lemah punca sukar dakwa ‘orang ketiga’

SHAH ALAM – Kegagalan suami atau isteri mengemukakan bukti yang kukuh menyebabkan perosak rumah tangga atau dikenali sebagai ‘orang ketiga’ dalam sesebuah perkahwinan sukar didakwa di Mahkamah Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pembuktian yang kuat diperlukan bagi menyokong kes pendakwaan terhadap individu yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’.

“Bukti tersebut melibatkan dokumentasi seperti mesej perbualan, e-mel, surat termasuklah saksi yang mendengar.

“Atas sebab isu pembuktian inilah kita jarang mendengar ‘orang ketiga’ didakwa di mahkamah-mahkamah syariah walaupun ia diperuntukkan dalam undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurut Mohd Na’im, terdapat beberapa peruntukan undang-undang kesalahan syariah yang berkaitan dengan ‘orang ketiga’ iaitu Seksyen 36, 37 dan 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997 (Akta 559).

BACA SETERUSNYA ; KLIK DI SINI

SUMBER BERITA : SINAR HARIAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top

As salam, Kami Menyediakan Pakej Kahwin/Katering Lengkap di KL,Selangor, N9 & Melaka. Boleh share detail utk memudahkan urusan 👇