Checklist Nikah & Sanding Lengkap | Persiapan 1 Tahun Sebelum Majlis
HIDUP berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.
Menerusi tajuk 40 ayat al-Quran mengenai keluarga yang dibincangkan dalam rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menjelaskan hukum berkahwin yang terbahagi kepada empat, iaitu wajib, sunat, makruh dan haram.
Kami bukan sahaja menyenaraikan semua perkara penting untuk anda lakukan sebagai persediaan hari pernikahan dan majlis perkahwinan secara step-by-step, tapi semua langkah ini juga telah dipecahkan mengikut masa iaitu dari setahun sebelum majlis hinggalah kepada hari majlis diadakan.
Namun, pada masa sama dia juga tidak ragu untuk berkahwin kerana mampu menyediakan keperluan asas dan menjaga kebajikan isteri dengan baik.
Makruh melangsungkan perkahwinan seandainya seseorang itu bimbang ragu akan melakukan kezaliman terhadap isteri seperti tidak mampu menyediakan keperluan asas. Kebimbangan itu tidaklah cenderung kepada yakin, tetapi sedikit ragu sahaja.
Begitu juga yang mempunyai penyakit serius, berjangkit seperti HIV adalah makruh bagi mereka berkahwin.
Individu diharamkan berkahwin ialah yang mempunyai kesanggupan berkahwin, tetapi menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti lelaki yang berkahwin dengan tujuan menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
Adil dalam perkahwinan
Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka berkahwin dengan seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’, ayat 3)
Allah SWT menetapkan seorang lelaki itu berkahwin tidak boleh lebih daripada empat isteri. Ia bertujuan membatasi lelaki supaya tidak berbuat sesuka hatinya kerana mereka dibenarkan berkahwin lebih daripada satu dengan syarat berkemampuan serta mampu berlaku adil.
Jika bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang hebat kepada suami yang berlaku adil terhadap isterinya.
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang berlaku adil di sisi Allah nanti akan ditempatkan di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dari sebelah kanan al-Rahman ‘Azza wa Jalla (Allah) lalu Nabi mengangkat tangan kanannya. Orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang.” (Riwayat Muslim)
Tarikh Perkahwinan
Sebelum mula berfikir tentang hal-hal lain, langkah paling pertama sekali adalah merancang bila perkahwinan ingin dilangsungkan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam bab ini, anda boleh terus membincangkan sama ada ingin mengadakan majlis akad nikah dan majlis perkahwinan pada hari yang sama, ataupun pada hari yang lain.
Dalam bab memilih tarikh ni, antara waktu-waktu yang tidak digalakkan adalah seperti pada minggu pertama raya dan pada musim hujan (kebiasaannya pada hujung tahun). Bila dah tahu tarikh apa mesti dielak, bolehlah anda membuat pilihan daripada tarikh-tarikh cun yang ada atau banyak lagi tarikah berkembar yang lain, tak pun, buat pilihan berdasarkan tarikh hari jadi pasangan.
BACA : Pakej Majlis Perkahwinan Nikah Sanding Di Shah Alam
Tetapkan Bajet
Nak kahwin, kenalah ada fulus yang secukupnya, tapi berapa banyak? Untuk memudahkan anda merancang bajet, anda perlulah membuat senarai yang lengkap tentang segala perkara yang wajib ada dalam majlis dan juga urusan berbayar lain sepanjang perancangan majlis. Fikirkan juga apa yang perlu dijadikan prioriti? Apa yang tak penting dan boleh diketepikan dulu?
Antara perkara yang perlu ada dalam senarai adalah seperti mas kahwin, duit hantaran, barangan kemas seperti cincin, barang-barang hantaran, baju nikah, baju pengantin, pelamin, jurusolek, jurugambar, jurunikah, saksi, kad jemputan, duit sewa khemah atau dewan, katering, door gift dan sebagainya.
Senaraikan Bilangan Jemputan
Sudah semestinya kedatangan tetamu dialu-alukan di hari perkahwinan kan? Supaya tak terlepas pandang siapa yang ingin dijemput dalam majlis, buatkan senarai lengkap saudara-mara, kawan-kawan sekolah, universiti, pejabat atau apa sahaja komuniti yang anda ada.
Bila dah ada senarai ni, senanglah anda nak rancang venue majlis yang selesa untuk semua, dan berapa anggaran pax untuk katering nanti. Tidak salah juga sekiranya anda dan pasangan ingin menetapkan bajet terlebih dahulu sebelum memikirkan bilangan tetamu yang ingin dijemput.
1+ Tahun Sebelum Majlis Perkahwinan
Pilih Tema Atau Konsep Majlis Perkahwinan
Untuk sebuah majlis yang berkemungkinan besar hanya terjadi sekali dalam seumur hidup ini, tak salah untuk ‘terover’ excited (sebab anda memang patut excited pun). Dalam banyak-banyak langkah persediaan majlis perkahwinan, step memilih tema dan konsep majlislah antara yang paling enjoyable.
Apa konsep yang diidamkan? Nak konsep perkahwinan dalam taman? Majlis bertema moden? Atau mungkin juga ingin betul-betul menjadi raja sehari seperti dalam filem klasik dengan konsep perkahwinan tradisional? Jangan lupa juga untuk memikirkan warna tema majlis. Pastikan pilihan anda dipersetujui pasangan ya?
Tentukan Lokasi Majlis
Dalam membuat pemilihan lokasi, anda perlu mengambil kira faktor seperti bajet yang ada dan jumlah tetamu. Faktor lain adalah berkaitan dengan jenis majlis yang ingin diadakan.
BACA : Pakej Minimalist Dewan/Hall
Selalunya, untuk majlis akad nikah, ianya sering diadakan di surau, masjid ataupun rumah. Untuk majlis perkahwinan pula boleh dilangsungkan di kawasan seperti halaman rumah, dewan, hotel atau taman.
Jejakkan Kaki Ke Ekspo & Pameran Pengantin
Bila dah rancang berapa banyak bajet yang ingin diperuntukkan, anda sudah boleh mula peka dengan anjuran pameran ataupun ekspo pengantin yang ada. Di sinilah anda boleh jumpa banyak vendor dan pakej perkahwinan yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet dan juga lokasi majlis.
Masa ini jugalah anda boleh ‘interview’ vendor yang berpotensi. Kalau dah jumpa pakej perkahwinan yang disukai, jangan lambat-lambat booking, sebab selalunya pakej yang menarik ni cepat habis ditempah bakal pengantin lain.
Dapatkan Wedding Planner
Tak nak terlalu pening kepala selesaikan semuanya sendiri? Kalau ada bajet lebih, bolehlah anda dapatkan wedding planner. Dengan adanya wedding planner, mereka boleh membantu anda membuat keputusan dalam banyak aspek seperti lokasi majlis, bajet dan banyak lagi perkara penting lain.
Dalam bab memilih wedding planner ni, salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan adalah lokasi majlis. Carilah perancang perkahwinan yang pejabatnya terletak di kawasan sekitar, sebab berkemungkinan besar si wedding planner ini telah memiliki ramai connection atau mengenali ramai vendor di dalam kawasan yang sama.
9 – 12 Bulan Sebelum
Rancang Barang Dulang Hantaran
Berdasarkan bajet anda, berapa banyak wang hantaran yang dikenakan? Berapa pula bilangan dulang hantaran dan apa barangan yang ingin dijadikan hantaran. Semuanya sudah boleh dirancang dengan teliti.
Food Sampling
Aktiviti menarik yang seterusnya adalah peluang untuk mencuba makanan katering. Kalau ada wedding planner, anda boleh bawa mereka mencuba sekali. Dah berjaya jumpa katering yang sedap? Boleh terus berbincang untuk menempah pakej katering yang sesuai dengan bajet dan juga bilangan pax majlis anda.
Booking Jurugambar, Juruvideo, DJ, Kanopi, Dewan
Selain tempah katering, anda juga sudah boleh mula mencari dan booking jurugambar, juruvideo, DJ serta sewa dewan/kanopi. Lakukan kajian yang mendalam sebelum booking supaya tak kecewa di kemudian hari. Tanya soalan-soalan yang sepatutnya dan ketahui pendapat orang lain sebelum menghulurkan duit booking.
Rancang Bulan Madu
Kalau boleh, selepas berbulan-bulan pening kepala dengan hal majlis perkahwinan, ingin sahaja terus terbang ke destinasi indah untuk menenangkan fikiran dan merehatkan badan.
Bila dah kahwin, sinonim kepada percutian ini adalah fasa untuk berbulan madu. Persoalannya, ke mana nak pergi untuk percutian berdua buat kali pertama ini? Dalam perancangan ini, anda boleh senaraikan lokasi yang diidamkan bersama dan pilih daripada senarai ini.
Sekiranya ingin ke luar negara, jangan lupa untuk mendapatkan passport atau renew passport (mohon visa sekiranya perlu). Jangan lupa juga untuk menyemak sama ada anda ada travel ban dek kerana hutang PTPTN. Bila segalanya dah selesai, bolehlah mula peka dengan promosi penerbangan.
6 – 9 Bulan Sebelum
Mulakan Urusan Pejabat Agama
Dalam sibuk-sibuk menguruskan hal-hal dewan, hantaran, pakaian dan sebagainya, jangan lupa untuk menguruskan urusan pejabat agama. Untuk tujuan ini, anda boleh melayari laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia atau terus ke Pejabat Agama Islam di kawasan anda.
BACA : Pakej Perkahwinan Nikah Sanding A-Park Puchong
Mula Berdiet, Menjaga Kecantikan Kulit & Kesihatan Badan
Ada 6 – 9 bulan je lagi untuk majlis kahwin ni, tersangatlah sempat lagi untuk anda mendapatkan bentuk badan ideal kalau usaha betul-betul dalam jangka masa yang tinggal ni.
Kalau malas nak bersenam pun, paling kurang, anda perlulah memperbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membuang toksin dalam badan.
Untuk pemakanan, boleh mula mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Untuk workout paling mudah pula, anda boleh pilih untuk hanya berjalan kaki mengelilingi taman setiap hari secara konsisten. Yang penting dalam semua perkara ini adalah disiplin.
4 – 6 Bulan Sebelum
Lakukan Ujian Pemeriksaan HIV & Talasemia
Asyik keluar duit je kan? Tang mana yang tak payah keluar bajet ni? Salah satunya adalah ujian pemeriksaan HIV dan Talasemia pra-perkahwinan. Ya, anda boleh buat secara percuma di mana-mana sahaja Klinik Kesihatan Malaysia.
Anda perlu call terlebih dahulu klinik yang dipilih untuk ketahui sama ada anda perlu membuat appointment terlebih dahulu atau hanya terus walk-in. Tanya juga tentang prosedur yang perlu dilalui. Untuk pengetahuan anda, tempoh sah laku ujian saringan HIV adalah 6 bulan sahaja daripada tarikh ujian dilakukan.
Hadirkan Diri Ke Kursus Perkahwinan
Jangan risau, kursus kahwin ni tak ambil masa yang lama, selalunya ianya diadakan hanyalah 2 hari sahaja sama ada pada hujung minggu atau hari bekerja.
Pastikan bahawa penganjur kursus perkahwinan mendapat permit yang sah daripada Jabatan Agama Negeri. Bila dah set-up masa untuk kursus kahwin ni, anda wajib hadir semua modul yang ditawarkan supaya anda layak mendapat sijil kursus kahwin. Jangan culas.
Mulakan Tempahan Baju Nikah, Baju Pengantin, Pakaian Keluarga
Dah ada persetujuan tentang tema majlis? Inilah jangka masa paling baik untuk anda mula membuat tempahan busana pengantin dan juga pelamin yang diidamkan.
Untuk pakaian pengantin, seeloknya, cari pakej busana yang lengkap dengan pelbagai aksesori lain seperti kasut serta tiara. Selain pengantin, jangan lupa juga untuk tempah pakaian keluarga mengikut tema yang telah ditetapkan.
Buat Survey Doorgift
Lakukan survey doorgift seawal yang mungkin supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak yang bukan sahaja dapat menjimatkan bajet tapi juga memberi ruang kepada anda untuk memilih apa yang menarik untuk diberikan kepada tetamu.
BACA : Royal Widad Residence @ UTMKL Pakej Perkahwinan Nikah Sanding
3 Bulan Sebelum
Pemohonan Borang Nikah Online
Langkah pertama dalam mengurus borang nikah adalah memohon borang nikah online. Anda boleh berbuat demikian di laman web rasmi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (sppim.gov.my).
Selepas berdaftar anda akan diberi nombor rujukan dan ianya perlulah disimpan bagi membuat sebarang pindaan pada maklumat diri atau pasangan kelak. Untuk panduan lengkap prosedur borang nikah dan daftar kahwin anda boleh merujuk kepada entri kami dibawah.
Lengkapkan Borang Nikah
Sekiranya pasangan lelaki duduk di dalam daerah yang berbeza dengan bakal pengantin perempuan, borang nikah online bakal pengantin lelaki perlu dihantar ke Pejabat Agama dalam masa 90 hari ataupun 3 bulan sebelum hari akad nikah.
Jangan lupa untuk pastikan borang telah ditandatangani beserta dengan cop daripada imam masjid kariah. Dokumen-dokumen penting lain juga jangan dilupakan.
BACA ; Pakej Nikah Minimalist Di Melaka
Bergantung kepada Pejabat Agama negeri anda, kebiasaannya, borang kebenaran kahwin dapat disiapkan dalam masa seminggu. Selepas seminggu, emak atau ayah pihak lelaki boleh ambilkan borang tersebut untuk diberikan kepada pihak perempuan.
Perbanyakkan Bacaan
Untuk melalui satu fasa yang baru, banyak ilmu yang perlu diserapkan dalam dada bagi mengelakkan masalah atau isu di kemudian hari. Selain menghadiri kursus kahwin, anda juga perlu memperbanyakkan bacaan tentang hal-hal rumah tangga, perihal tanggungjawab dan juga tentang hak sebagai suami dan isteri.
Lakukan Tempahan Kek
3 bulan sebelum majlis berlangsung adalah waktu yang ideal untuk anda mula membuat tempahan kek majlis perkahwinan ataupun hantaran. Ada konsep tersendiri yang ingin diketengahkan? Semuanya boleh dibincangkan dengan pembuat kek anda.
Tempah Kad Jemputan Majlis Perkahwinan
Tak nak majlis sunyi sepi? Jemputlah seramai mungkin sanak-saudara dan sahabat handai yang ada. Jangka masa tiga bulan ini dah cukup optimum untuk anda mula tempah kad jemputan. Jangan tunggu lama sangat, sebab masa yang diambil untuk mengedarkan kad ini juga bukannya sekejap.
Shopping Barang Untuk Hantaran
Untuk barangan hantaran, anda boleh mula celikkan mata dengan promosi yang ada supaya dapatlah anda berjimat lebih. Mungkin anda merancang untuk membeli tas tangan, kasut, telekung, pakaian, minyak wangi atau sebagainya, barang-barang seperti ini bolehlah dibeli seawal yang mungkin sebab tahan lama.
Dalam masa yang sama, anda juga boleh terus membeli barangan perhiasan untuk dijadikan gubahan hantaran mengikut tema majlis.
Mula Tempah Door Gift
Dah buat survey door gift dan dah ada pilihan supplier di hati? Dalam 3 bulan sebelum majlis, anda sudah boleh mula membuat tempahan door gift. Ada dua jenis door gift yang perlu disediakan iaitu untuk tetamu biasa dan juga bagi jemputan VIP. Sebaiknya, buatlah tempahan door gift lebih sedikit daripada anggaran untuk mengelakkan masalah kekurangan door gift pada hari majlis.
Fitting Pakaian Pengantin & Nikah
Sebelum pergi fitting pakaian, antara tips yang boleh anda ikuti untuk memudahkan proses fitting ini adalah seperti bersedia dengan pakaian yang mudah untuk disalin, sebagai contoh adalah pakaian seperti jubah ataupun dress.
Untuk tudung pula, pakai sahaja tudung instant untuk menjimatkan masa. Bawa sekali aksesori lain seperti kasut nikah/sanding supaya boleh terus membetulkan kelabuhan kain.
2 Bulan Sebelum
Mohon Cuti Kerja Bagi Majlis Perkahwinan
Mohon cuti kahwin seawal yang mungkin memandangkan banyak persiapan yang perlu dilakukan bila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Untuk membuat surat permohonan cuti kahwin ini, ada banyak sample yang boleh anda jumpa sekiranya melakukan pencarian di Google.
Edarkan Kad Jemputan | Facebook Event
Seelok-eloknya, kad jemputan sudah mula dihantar dalam jangka masa ini supaya bolehlah para jemputan merancang masa mereka awal-awal lagi. Selain kad jemputan, anda boleh juga membuat Facebook Event untuk sebarkan kepada rakan-rakan yang ada di FB.
Cari Cincin Kahwin & Barangan Kemas
Sebagai lambang cinta dan tanda ikatan kasih-sayang, sudah menjadi adat dalam pernikahan untuk menyarungkan cincin di jari pasangan. Cincin nikah ini selalunya lebih glamor daripada cincin pertunangan atau merisik. Harga cincin ini bergantung kepada jenis permata yang digunakan, bentuknya dan juga beratnya.
Tempah Banner & Bunting
Tempah banner dan juga bunting untuk digantungkan di depan dewan atau khemah. Selain itu jangan lupa juga untuk menyediakan penanda jalan atau penunjuk arah bagi para tetamu yang datang. Bila jalan mudah dijempui, barulah tetamu datang dengan senang hati.
1 Bulan Sebelum
Siapkan Playlist Lagu Kahwin
Pilih lagu yang bersesuaian untuk dimainkan pada hari berlangsungnya majlis. Sama ada ingin anda ingin mengumandangkan lagu kahwin klasik, lagu cinta yang terkini, lagu Inggeris yang romantik, lagu kahwin yang Islamik, atau mencampur adukkan semuanya, segalanya berada di dalam tangan anda. Pemilihan lagu juga bergantung kepada suasana majlis yang ingin anda ketengahkan.
BACA: Wedding Welcome Board | Papan Pengalu-alukan Perkahwinan
Follow-up Dengan Supplier
Jangan lupa untuk follow-up dengan supplier supaya mereka tak terlepas pandang tempahan anda. Takut dalam masa yang sama, ada banyak lagi projek yang lain.
Rancang Susun Atur
Di mana kedudukan pelamin? Bagaimana meja ingin diaturkan? Bagaimana pula dengan setting untuk meja makan beradap? Backdrop dan sebagainya. Pastikan susunan yang dibuat dapat memberikan keselesaan kepada semua.
Relakskan Badan & Lakukan Rawatan Facial
Dalam masa-masa yang boleh dianggap agak genting ini, jangan lupa untuk memanjakan diri supaya kekal ‘glowing’ di hari majlis perkahwinan dilangsungkan. Untuk tujuan ini, anda boleh melakukan rawatan facial yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
Selain itu, anda juga boleh cuba mengamalkan terapi rendam kaki dalam air suam. Aktiviti ini boleh mengurangkan stress dan mampu membuatkan badan terasa lebih segar serta mengurangkan risiko naik jerawat. Tak percaya? Cuba dulu, baru tahu.
2 Minggu Sebelum
Hubungi Supplier Berkenaan Barangan Tempahan Anda
Wedding semakin hampir, ingatkan lagi sekali kepada supplier tentang wedding anda yang bakal tiba lagi 2 minggu sahaja lagi. Banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Rancang Tugasan Ahli Keluarga
Senaraikan tugasan ahli keluarga, siapa yang akan menguruskan bahagian door gift (memasukkan barangan dalam goodie bag/berikan goodie bag kepada tetamu), siapa yang menguruskan hantaran, siapa yang akan menguruskan bahagian telur, menyambut tetamu, pengapit dan banyak lagi. Untuk memudahkan perbincangan, baik juga sekiranya anda menubuhkan group WhatsApp.
Rancang Aturcara Majlis
Anda boleh mula merancang aturcara majlis akad nikah dan juga persandingan. Tidak kira majlis kecil atau besar, semestinya anda ingin segalanya berjalan dengan lancar bukan?
Dengan adanya aturcara, tidaklah huru-hara majlis nanti. Bagi yang mengadakan majlis perkahwinan besar yang dihadiri oleh VIP, anda mungkin ingin mengadakan sesi raptai terlebih dahulu.
Ingatkan Jurunikah Tentang Tarikh Majlis
Untuk mengelakkan salah faham atau masalah di kemudian hari, rajin-rajinlah ingatkan jurunikah tentang hari pernikahan anda. Maklumlah, mungkin ramai pasangan lain yang perlu diuruskan jurunikah atau tok kadi ni sampai boleh terlepas pandang.
1 Minggu Sebelum
Follow-Up & Selesaikan Pembayaran Vendor & Supplier
Sekiranya masih ada barang yang belum selesai diterima, buat follow-up dengan vendor atau supplier yang berurusan dengan anda. Selesaikan juga sebarang pembayaran yang masih tergantung.
Berikan Peringatan Kepada Jurunikah Tentang Tarikh Majlis
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jurunikah ataupun tok kadi hanyalah manusia biasa, ingatkan mereka tentang tarikh pernikahan anda dari masa ke masa.
2 – 3 Hari Sebelum
Mulakan Sesi Menggantungkan Banner & Bunting
Tanpa banner atau bunting, tak berapa lengkaplah majlis. Dengan adanya semua ini juga dapat memudahkan para jemputan mencari lokasi majlis anda. Lebih-lebih lagi kalau ada banyak kenduri lain lagi di hari yang sama. 2 – 3 hari atau paling lambat pun sehari sebelum majlis sudah digantungkan kesemua banner dan bunting ni.
Dapatkan Rawatan Spa
Sekiranya ada duit lebih, bolehlah anda mendapatkan rawatan spa untk memanjakan badan dan juga wajah sebelum tibanya hari terbesar dalam hidup anda dan pasangan. Sambil mendapat urutan yang melegakan, anda dapat mengosongkan fikiran sambil menghirup bauan segar dan juga mendengar alunan muzik yang menyenangkan telinga.
1 Hari Sebelum
Berlatih Lafaz Nikah
Melafazkan akad nikah boleh dikatakan sebagai perkara yang paling menakutkan bagi seorang lelaki. Untuk menghilangkan rasa gementar yang dapat mengganggu kelancaran lafaz nikah semasa akad nikah nanti, berlatihlah sebanyak yang mungkin.
Aturkan Wakil Untuk Menjawab Panggilan Telefon Semasa Majlis Berlangsung
Kalau diikutkan, ramai yang akan memerlukan anda atau pasangan di hari majlis, maklumlah, inikan majlis anda. Namun sebagai raja sehari semasa majlis berlangsung nanti, mustahil untuk anda menjawab telefon atau mesej daripada sesiapa.
Antara yang mungkin akan menghubungi adalah seperti jurugambar, tok kadi, juru solek, katerer dan sebagainya. Aturkan siapa yang akan bertanggungjawab menjawab semua panggilan daripada mereka.
Malam Sebelum Majlis Perkahwinan
Kemaskan Pakaian & Berinai
Sediakan pakaian pengantin dan baju nikah anda, pastikan telah diseterika. Pada malam yang sama juga, anda boleh mengadakan sesi berinai.
Menjaga Pemakanan & Waktu Tidur
Dapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda memakan makanan dan minuman yang sihat supaya tiada masalah di esok hari. Jangan ambil ringan, banyak belanja dah dikeluarkan untuk majlis gilang-gemilang ni.
Hari Perkahwinan/Pernikahan
Berikan Informasi Kepada Jurugambar
Di hari majlis, berikan info kepada jurugambar/juruvideo tentang orang-orang yang penting untuk dirakamkan dan diambil gambar. Supaya tidaklah nanti anda kecewa dengan hasil foto atau video yang diterima.
Bawa Mas kahwin, Kad Pengenalan & Cincin Pernikahan
Pastikan kesemua perkara penting tidak tertinggal, antaranya adalah seperti mas kahwin, kad pengenalan dan juga cincin pernikahan.
Untuk pengetahuan anda, semasa akad nikah nanti, tok kadi akan mengeluarkan surat nikah sementara. Di sini, pasangan perlu menyemak semua maklumat yang terkandung di dalamnya seperti info kad pengenalan. Maklumat ini akan digunakan untuk membuat sijil nikah.
Selepas Selesai Majlis Perkahwinan
Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Yang Hadir
Ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pernikahan dan perkahwinan anda. Tanpa mereka, majlis sebesar ini mustahil untuk diuruskan.
Selesaikan pembayaran kepada pihak-pihak terlibat, pulangkan semua yang disewa