Gara-gara kahwin dua, Alif Teega jadi kecaman warganet

KUALA LUMPUR : Pempengaruh media sosial, Alif Teega, menjadi perhatian warganet apabila dia mendedahkan dia sudah berkahwin dengan seorang lagi wanita yang menjadi pilihannya pada 18 November lalu.

Sedar bahawa perkara tersebut menjadi tular di media sosial, menurut Alif, tujuannya berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah terhadap keluarganya.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

“Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini,” katanya dalam satu hantaran terbaru di Instagram.

Tambah Alif, dia mengaku berita perkahwinan keduanya itu bukan satu hal yang mudah buat isteri pertamanya, namun memohon orang ramai mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.

“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat kami. Aisyah adalah wanita pilihan Allah dan Subhanallah kuatnya dia luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang.

“Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia. Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi dan hinaan mengenai hal ini dan biarlah segala yang berlaku di akhiri di sini saja,” katanya.

Biarpun sudah mengesahkan mengenai perkahwinan keduanya, namun butiran mengenai identiti isteri keduanya itu belum didedahkan.

Sementara itu, isterinya, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

“Doakan yang baik-baik buat kami berdua. Saya mohon agar tidak berkata yang buruk kepada Alif mahupun isteri barunya,”katanya.

Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerjanya sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

SUMBER : https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2023/11/gara-gara-kahwin-dua-alif-teega-jadi-kecaman-warganet/

Laman Perkahwinan Pakej Lengkap Perkahwinan | Katering | Busana Pengantin | Pelamin Moden | Fotografi | Butik Pengantin | Pengurusan Majlis Perkahwinan | Fotografi, Pakej Sanding, Pakej Nikah dan lain-lain majlis. Harga pakej lengkap perkahwinan mampu milik di sediakan Management termasuk dewan di sediakan untuk pilihan anda. Majlis Dari Serba Sederhana Mampu Bayar, Majlis dari 100pax hingga 2500pax
COUPON REBATE Offer is not applicable on discounted items.
Awards & Recognition 🏅𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒆𝒓𝒕𝒊𝒇𝒊𝒆𝒅 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 🏅𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝟐𝟎𝟐𝟐 🏅𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂’𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆 𝑷𝒓𝒐𝒗𝒊𝒅𝒆𝒓
Awards & Recognition 🏅𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒆𝒓𝒕𝒊𝒇𝒊𝒆𝒅 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 🏅𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝟐𝟎𝟐𝟐 🏅𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂’𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆 𝑷𝒓𝒐𝒗𝒊𝒅𝒆𝒓
Awards & Recognition 🏅𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒆𝒓𝒕𝒊𝒇𝒊𝒆𝒅 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 🏅𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝟐𝟎𝟐𝟐 🏅𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂’𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆 𝑷𝒓𝒐𝒗𝒊𝒅𝒆𝒓
Anggaran Harga Pakej Lengkap Termasuk Dewan / Hall / Ballroom / Banquet Hall / Event Space / Mall / Bungalow / Villa
Awards & Recognition 🏅𝑯𝒂𝒍𝒂𝒍 𝑪𝒆𝒓𝒕𝒊𝒇𝒊𝒆𝒅 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 🏅𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝑭𝒐𝒐𝒅 & 𝑻𝒓𝒂𝒗𝒆𝒍 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝟐𝟎𝟐𝟐 🏅𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂’𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆 𝑪𝒂𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒆𝒓𝒗𝒊𝒄𝒆 𝑷𝒓𝒐𝒗𝒊𝒅𝒆𝒓

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top

As salam, Kami Menyediakan Pakej Kahwin/Katering Lengkap di KL,Selangor, N9 & Melaka. Boleh share detail utk memudahkan urusan 👇