Jika sebelum ini bila berada di penghujung tahun pasti akan ada banyak jemputan majlis kahwin. Biasalah hujung tahun memang cukup sinonim dengan cuti dan majlis sebegini. Tambahan pula negara kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik. Lebih ramai yang ingin menjalankan majlis perkahwinan mereka iaitu sebagai raja sehari tanpa perlu merisaukan bilangan tetamu yang ingin dijemput. Sebagai tambahan, baru-baru ini satu video pasangan pengantin yang dipercayai dari negara seberang telah mencuri perhatian ramai.
Dalam video itu kelihatan pengantin lelaki bersiap sedia sebelum akad nikah. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat lucu pengantin lelaki di majlis nikah tersebut. Dengan selamba dia menggunakan mikrofon memanggil nama manja bakal isterinya di depan tetamu. Malah telatah lucu pengantin lelaki ini turut membuatkan ramai terhibur.
Sudah pasti ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Malah, pasti ramai juga yang cemburu dan ingin mengadakan majlis perkahwinan mereka juga. Oleh itu, marilah, saya mempelawa anda semua, bakal-bakal pengantin baru untuk melihat pakej perkahwinan yang kami sediakan.