Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengantin Diraja, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
TYT Datoโ Raja Reza dan isteri, YBhg. Datin Roslina Ismail telah menghadiri Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei yang diadakan dari 16-25 Januari 2022.
Antara majlis-majlis yang dihadiri oleh TYT Datoโ Raja Reza termasuk Istiadat Menghantar Tanda dan Pertunangan Diraja, Istiadat Akad Nikah Diraja, Istiadat Bersanding Pengantin Diraja dan Majlis Persantapan Diraja.
Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja yang berlangsung penuh gilang-gemilang selama 10 hari menonjolkan keunikan dan kekayaan tatasusila serta adat istiadat diraja Brunei yang diamalkan sejak zaman-berzaman.
sumber : KLIK DI SINI