WEDDING EVENT COORDINATOR

Apa Sebenarnya Tugas Wedding Event Coordinator?

Untuk wedding event yang proper, kerja seorang Wedding Event Coordinator bukan bermula pada hari majlis. Banyak perkara penting perlu disusun, disemak dan diselaraskan jauh sebelum wedding day.

Collect information • Faham flow • Coordinate vendor • Susun timeline • Technical meeting • Rehearsal

Wedding Coordinator Bukan Sekadar “Jaga Majlis”

Ramai pasangan menganggap Wedding Event Coordinator hanya diperlukan ketika wedding day untuk memastikan majlis berjalan lancar.

Sebenarnya, untuk event yang proper, kerja coordinator sudah bermula jauh lebih awal. Coordinator perlu memahami keseluruhan event, mengenali semua pihak yang terlibat dan memastikan setiap perkara mempunyai timing serta PIC yang jelas.

Matlamatnya mudah: apabila tiba wedding day, semua orang sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Apa Yang Perlu Diselesaikan Sebelum Wedding Day?

Bukan sekadar tentatif untuk tetamu. Coordinator perlu melihat majlis sebagai satu keseluruhan sistem.

Vendor + Family + Venue + Technical + Timeline + Rehearsal

Wedding Event Dari Perspektif Coordinator

Setiap ruang, vendor dan pergerakan perlu difahami supaya perjalanan majlis lebih tersusun.

Lihat Gambaran Wedding Event

Tonton video ringkas ini untuk melihat suasana dan gambaran event.

Video Wedding Event Coordinator ▶
Klik untuk tonton video penuh di YouTube

12 Perkara Yang Wedding Event Coordinator Perlu Urus

Inilah antara kerja penting yang sepatutnya diberi perhatian sebelum wedding day.

01

Collect All Information

Kumpulkan semua maklumat berkaitan pengantin, keluarga, venue, vendor, pax, tentatif dan keperluan khas.

02

Faham Flow Majlis

Faham perjalanan majlis dari vendor setup sehingga pengantin, tetamu dan vendor selesai.

03

Faham Layout Venue

Kenal pasti entrance, pelamin, buffet, VIP table, stage, bridal room, parking dan laluan vendor.

04

Coordinate Dengan Vendor

Pastikan venue, catering, dekorasi, photography, videography, MUA, PA system dan vendor lain mempunyai PIC yang jelas.

05

Susun Master Timeline

Susun timing vendor arrival, setup, technical check, guest arrival, entrance, acara dan closing.

06

Check Siapa Involved

Senaraikan pengantin, family PIC, venue PIC, vendor PIC, emcee dan technical team.

07

Align Dengan Family

Faham siapa decision maker, protokol keluarga, VIP dan perkara khas yang perlu diberi perhatian.

08

Technical Meeting

Semak microphone, sound system, lighting, music cue, stage, screen dan keperluan teknikal.

09

Rehearsal

Latihan entrance, bersanding, speech, cake cutting, performance dan pergerakan pihak yang terlibat.

10

Final Vendor Confirmation

Confirm semula masa arrival, lokasi setup, PIC dan keperluan setiap vendor.

11

Final Timeline Check

Semak semula semua timing supaya tidak berlaku clash antara vendor atau acara.

12

Wedding Day Execution

Pada hari majlis, coordinator monitor, communicate, coordinate dan troubleshoot apabila diperlukan.

Contoh Master Timeline Wedding Event

Master timeline membantu semua pihak mengetahui bila mereka perlu berada di venue dan apa yang perlu dilakukan.

7:00 AM
Vendor Arrival
Vendor utama masuk dan mula membuat persediaan.
8:00 AM
Setup
Decoration, catering, PA dan technical setup.
10:00 AM
Technical Check
Sound check, microphone, music cue dan lighting.
12:00 PM
Guest Arrival
Persediaan untuk ketibaan tetamu dan pengantin.
12:30 PM
Pengantin Entrance
Coordinator memastikan semua pihak berada di position.
1:00 PM
Acara Utama
Bersanding, makan, photography dan acara yang telah ditetapkan.
3:00 PM
Closing
Final photography, departure dan vendor dismantle mengikut jadual.

Checklist Sebelum Wedding Day

Perkara asas yang perlu disemak sebelum semua pihak masuk ke execution stage.

✓ Venue – layout, access & setup
✓ Vendor – contact & arrival time
✓ Timeline – master schedule
✓ Family – PIC & protocol
✓ Technical – sound & lighting
✓ Emcee – script & cue
✓ Photography – timing & shot list
✓ Catering – setup & service
✓ Rehearsal – entrance & movement
✓ Final Confirmation – semua PIC aligned

“Pengantin sepatutnya fokus menikmati hari bahagia mereka — bukan sibuk mencari vendor, mengurus timeline atau menyelesaikan masalah event.”

Sebab itu coordination perlu dibuat sebelum wedding day.

Soalan Lazim Tentang Wedding Event Coordinator

Adakah Wedding Event Coordinator hanya diperlukan pada hari majlis?

Tidak semestinya. Untuk event yang lebih kompleks, banyak kerja coordination perlu dilakukan sebelum wedding day seperti pengumpulan maklumat, vendor coordination, timeline, technical meeting dan rehearsal.

Apa beza Wedding Planner dengan Wedding Event Coordinator?

Secara umum, wedding planner lebih banyak terlibat dalam keseluruhan proses perancangan, manakala event coordinator memberi fokus kepada penyelarasan perjalanan event, vendor, timeline, family dan execution. Skop sebenar bergantung kepada penyedia servis.

Kenapa technical meeting penting?

Technical meeting membantu semua pihak memahami keperluan teknikal seperti sound system, microphone, lighting, music cue, stage, screen dan perkara berkaitan.

Adakah rehearsal perlu dibuat?

Rehearsal membantu pihak yang terlibat memahami pergerakan, entrance, cue dan timing sebelum majlis sebenar berlangsung.

Bilakah patut mula berbincang dengan Wedding Coordinator?

Ia bergantung kepada saiz dan kompleksiti majlis. Semakin banyak vendor, acara dan pihak terlibat, semakin awal proses coordination biasanya perlu dimulakan.

Perlukan Bantuan Untuk Susun Wedding Event Anda?

Nak bincang tentang flow majlis, timeline, vendor coordination atau persediaan sebelum wedding day? Isi maklumat ringkas dan terus hubungi kami melalui WhatsApp.

Scroll to Top