Perancangan majlis perkahwinan yang bijak dengan bajet

Kos perbelanjaan mendirikan rumah tangga yang banyak menjadi faktor mengapa anak-anak muda masa kini kerap menangguhkan masa melayari alam perkahwinan. Meskipun kerjaya sudah stabil, namun dek kekangan bajet, maka hasrat murni untuk bersama terpaksa ditangguhkan.

Selalunya, perbelanjaan ini adalah pilihan sendiri ataupun tradisi. Walau bagaimanapun, banyak budaya dan keluarga yang mematuhi adat mas kahwin yang melambangkan komitmen awal untuk perkahwinan. Seperti cincin, yang mungkin berbeza dari segi kosnya. Bergantung kepada negara, negeri dan latar belakang budaya, adat mas kahwin boleh dikenakan sama ada kepada pengantin perempuan atau pengantin lelaki atau kedua-duanya.

Di antara perbelanjaan biasa ialah penggambaran pra-perkahwinan. Bergantung pada pakej yang anda pilih, ini boleh mencecah beratusan ringgit untuk sesi potret di studio sahaja dan ribuan ringgit untuk sesi gambar di luar yang tidak termasuk sewaan pakaian, rambut dan persolekan.

Sebenarnya anda boleh merancang majlis kahwin dengan mengurangkan sedikit bajet. Dalam erti kata lain, berjimat daripada mengeluarkan belanja perkahwinan agar sesuai dengan kemampuan anda.

Tip 1 – Merancang dari awal
Persediaan untuk mengadakan majlis kahwin perlu dirancang awal kerana ia ia bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Anda perlu simpan duit sebanyak mungkin, sebaiknya kira-kira setahun daripada majlis kahwin. Elak daripada berbelanja benda-benda yang kurang penting demi menjimatkan duit untuk majlis kahwin.

Tip 2 – Berbincang dengan bakal pasangan
Bincang dengan pasangan anda mengenai kos kahwin dan bajet yang anda perlu sediakan serta sejauh mana kemampuan kewangan anda. Pasangan yang sensitif dan memahami bebanan anda, pasti akan memahami situasi yang anda hadapi. Bagi pasangan yang sama-sama bekerja, pasti ada yang sanggup berkongsi sedikit sebanyak kos perbelanjaan perkahwinan.

Tip 3 – Bincang dengan ahli keluarga kedua-dua pihak
Lebih baik bersemuka dengan ibu bapa pasangan anda agar mereka mengetahui akan kedudukan serta situasi kewangan besar. Dengan ini mereka akan tahu kemampuan anda dalam menyediakan perbelanjaan majlis kahwin yang dirancang.

Tip 4 – Tetapkan perbelanjaan yang penting dulu
Senaraikan perbelanjaan-perbelanjaan yang penting terlebih dahulu misalnya lokasi perkahwinan, kos menu kenduri kahwin untuk jumlah jemputan, tempahan pakaian pengantin, pakej nikah, pakej pelamin majet murah, pakej khemah, katering kahwin dan sebagainya.

Tip 5 – Cuba elakkan pembaziran
Belanja untuk barang hantaran misalnya dengan mengurangkan jumlah hantaran. Sebaiknya beli barang yang dirasakan perlu sahaja dan boleh digunapakai selepas majlis kahwin. Cari pakej fotografi yang tidak terlalu tinggi harganya manakala anda boleh menolak untuk membuat sewaan sistem audio.

Tip 6 – Dapatkan pakej perkahwinan lengkap
Anda juga boleh mencari pakej perkahwinan lengkap yang melingkupi semua benda perkahwinan yang penting, jadi anda boleh berjimat dan tidak payah mencari barangan secara asing. Terdapat banyak katerer perkahwinan yang menawarkan pakej perkahwinan lengkap seperti The Kenduri Catering

Tip 7 – Tanya orang berpengalaman
Ini kerana mereka pernah menghadapi situasi yang sama, maka nasihat serta pandangan daripada mereka ini pastinya sedikit sebanyak dapat membantu anda menguruskan majlis kahwin anda terutamanya dalam hal menghantar jemputan untuk tetamu dan memilih menu makanan kenduri kahwin.

Tip 8 – Buat rangka bajet
Perkara yang sangat penting. Buat senarai perkahwinan lengkap dengan kos perbelanjaan. Pastikan anda patuhi bajet yang ditetapkan untuk setiap senarai. Apabila membuat perbelanjaan, rekod semuanya agar anda dapat melihat perjalanan perbelanjaan yang sudah dibuat. Dengan ini anda dapat merancang dan mengawal kos. Elak membeli daripada kemampuan bajet yang ditetapkan.

SEBELUM PERKAHWINAN
✔ Kursus kahwin
✔ HIV test
✔ Wang hantaran
✔ Mas kahwin
✔ Upah jurunikah
✔ Kad jemputan
✔ Juru nikah
✔ Cincin tunang
✔ Barang kemas
✔ Perjalanan pergi dan balik rombongan
✔ Tempat penginapan rombongan

BARANG HANTARAN
✔ Sirih junjung
✔ Potpuri
✔ Alquran
✔ Telekung
✔ Sejadah
✔ Baju kerja
✔ Beg tangan
✔ Jam
✔ Kasut
✔ Set alat solek
✔ Telefon pintar
✔ Manisan (kek/coklet/buah/dll)

JAMUAN MAKAN
UNTUK TETAMU

✔ Untuk tetamu (tentukan jumlah tetamu)
✔ Kanopi
✔ Makanan tetamu (catering/rewang)
✔ Kerusi, meja
✔ Hiasan tempat makan
✔ Upah pekerja

UNTUK PENGANTIN
✔ Makanan beradap (catering/rewang)
✔ Penanggah
✔ Set meja pengantin

SEMASA MAJLIS
✔ Photographer
✔ Pelamin
✔ Baju pengantin
✔ Tempat majlis
✔ Pengapitmajlis
✔ Goodies
✔ Duit tol
✔ Bunga pahar
✔ Bunga telur
✔ Juru andam
✔ Upah gubahan hantaran
✔ Hiasan bilik tidur

Semakin banyak aktiviti atau perhiasan yang anda inginkan, semakin tinggi kos. Jadi sentiasa tahu bajet maksimum anda dan cuba kurangkan kos dengan petua-petua ini!

KOS PEMBELANJAAN UNTUK PENGANTIN
Antara kos yang perlu kena pasti termasuk kos sewa dewan/khemah, kos baju pengantin, kos jurusolek dan sebagainya.

Sewa dewan
Harga boleh berbeza besar bergantung kepada keluasan dan faciliti yang ditawarkan oleh pemilik dewan tu. Elakkan sewa dewan pada musim perayaan maka anda boleh dapat sewa dewan dengan harga yang lebih murah.

Baju Pengantin
Jika anda membeli baju pengantin anda dari butik pengantin pakar yang menawarkan perkhidmatan pengantin penuh, maka gaun yang anda dapat akan kos anda lebih daripada gaun yang dibeli dari kedai diskaun atau butik online.

Jika anda tidak ingin belanja banyak duit ke atas pakaian perkahwinan, boleh anda pilih untuk sewa gaun pengantin kerana ia bukan sahaja realistik tetapi juga jimat kos yang banyak. Pengantin perempuan pasti dapat menjimatkan banyak wang terutamanya jika anda mempunyai bajet wang yang ketat untuk dibelanjakan untuk majlis perkahwinan.

Mekup
pengantin boleh mekap sendiri atau boleh minta kawan-kawan yang pandai mekap untuk bantu. Maka anda tidak perlu habiskan wang yang banyak bagi mekap di butik andaman yang mungkin akan caj anda dengan wang yang banyak. Anda cuma perlu sediakan hadiah untuk kawan yang bantu anda mekap tu.

KOS PEMBELANJAAN UNTUK JEMPUTAN
Anda kena menentukan bilangan jemputan yang akan menghadiri perkahwinan anda. Dengan itu anda dapat merancangkan bajet kos katering dan juga bilangan cenderahati/door gift yang perlu disediakan. Selain daripada itu, sebelum tetamu hadiri perkahwinan anda, mestilah anda memjemput mereka datang, betul ke? Jadi anda juga kena sediakan kad jemputan kahwin dan perlu kira bajet untuk kad dengan sampul dan juga jumlah setem yang diperlukan.

Kad Kahwin
Perkara yang pertama untuk anda memberitahu saudara mara dan rakan-rakan tentang perkahwinan anda adalah dengan menyediakan kad jemputan kahwin dan memberi kepada mereka supaya mereka akan luangkan masa untuk menghadiri pada hari perkahwinan anda.

Untuk tempahan kad, anda mungkin boleh pilih design yang mudah dan murah supaya anda boleh jimatkan wang untuk kad-kad tu.

KOS SAMPINGAN
Selain daripada kos yang disebutkan di atas, kos-kos berikutnya adalah sampingan yang anda boleh menaruhkan mereka dalam bajet anda jika wang anda lagi cukup untuk belanja untuk semua ni. Kos sampingan termasuk pelamin & hiasan, silat/tarian, kompang, hiburan, pengacara dan jurufoto.

BERAPA BAJET YANG KENA SEDIAKAN UNTUK HADIAH KAHWIN?
Keramaian orang tahu berapa duit untuk mereka berbelanja untuk hadiah hari jadi atau hadiah dalam Hari Ibu/Bapa. Tetapi apabila fikirkan hadiah kahwin, ramai yang tidak dapat menentukan bajet wang berapa yang kena sediakan. Anda pasti tidak mahu sediakan bajet yang kecil yang boleh mengakibatkan perkahwinan anda kelihatan murah, tetapi anda juga tidak mahu berbelanja terlalu lebih daripada yang anda mampu juga.

Bajet untuk Hadiah Kahwin Pada Hari Ini
Hari ini, kebanyakan akan menyediakan wang mungkin RM1,000 – RM3,000 untuk pembelian hadiah kahwin. Jadi, anda boleh dapat sikit idea dari sini.

Dengan hadiah perkahwinan, berapa bajet kena disediakan merupakan keputusan peribadi. Anda boleh memberikan para tetamu apa sahaja hadiah perkahwinan yang anda pilih termasuk kotak gula, tin box, lilin, kipas tangan dan sebagainya.

Selain daripada tu, apabila memikirkan hadiah kahwin, anda patut fikirkan idea hadiah hahwin yang murah, lagi berguna dan praktikal. Antaranya ialah garpu & sudu, tuala mandi dll

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top

As salam, Kami Menyediakan Pakej Kahwin/Katering Lengkap di KL,Selangor, N9 & Melaka. Boleh share detail utk memudahkan urusan 👇