Perkahwinan bahagia benar-benar WUJUD!

Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh Till jannah.

Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu ‘mendirikan masjid’ dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat. Disebabkan itu, hari ini berbagai trend perkahwinan yang dapat kita lihat. Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sbagai ‘Wedding of the year’.

Ada pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Untuk majlis pula, kebanyakan kita menggunakan khidmat jurugambar profesional untuk merakam detik hari bahagia itu dalam bentuk foto dan video. Sesi fotografi pun ada banyak seperti prewedding, resepsi, outdoor dan postwedding. Tinggal untuk anda memilih pakej sahaja. Tidak mengapa, semuanya boleh dibuat sekiranya pasangan pengantin mampu. Apa salahnya kan?

Tetapi tahukah anda terdapat beberapa fakta benar mengenai perkahwinan? Okay pastikan anda baca sampai habis ya.

Tidak akan ada mana-mana perkahwinan seperti perkahwinan anda

Anda tidak akan betul-betul mengenali seseorang itu sehingga anda mengahwininya

Jangan expect terlalu tinggi terhadap pasangan

Kebahagiaan anda bergantung kepada kejujuran anda terhadap diri

Adakah anda seorang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?
Anda mahukan pasangan yang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?
Apakah kekuatan anda? Apakah keburukan anda?
Apakah peristiwa yang masih ‘menghimpit’ diri anda yang mungkin memberi kesan terhadap perkahwinan anda?
Adakah anda bersedia untuk menjadi lebih tidak mementingkan diri sendiri, sabar dan berkorban?
Adakah anda tidak kisah jika pasangan anda tiada pekerjaan tetap buat masa sekarang?
Dan banyak lagi.

Berdasarkan soalan di atas, fikirkan ciri-ciri pasangan yang anda mahukan dan lihat sama ada teman yang bersama anda itu dekat atau tidak dengan ciri-ciri yang anda mahukan. Ini bukanlah ciri-ciri perfect yang anda perlu cari, tetapi ia adalah ciri-ciri teman yang fit yourself enough untuk hidup bersama.

Tidak ada sebab UTAMA kenapa anda mesti rush dalam perkahwinan

Perkahwinan bahagia benar-benar WUJUD!

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara untuk suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga disamping memenuhi tuntutan agama. Anda cuma perlu lebih REALISTIK dan BERSEDIA sebelum menjelangnya hari bahagia.

Perkahwinan bahagia juga memang wujud contohnya perkahwinan Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya. Walau apa pun terjadi para isteri Rasulullah s.a.w tetap berada di sampingnya. Apa yang penting jujur dan jadilah teman baik pasangan SEPANJANG HAYAT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top

As salam, Kami Menyediakan Pakej Kahwin/Katering Lengkap di KL,Selangor, N9 & Melaka. Boleh share detail utk memudahkan urusan 👇