Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke’aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur’an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa’at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.
Senarai Dewan Majlis
Kami menawarkan pakej-pakej pilihan yang mampu milik untuk pasangan melangsungkan majlis perkahwinan yang serba lengkap di tempat pilihan yang kami sediakan.
News & Tips & Blog
idcc shah alam wedding package idcc shah alam wedding package Pakej Katering Terkini,0172826274.2000,1500 1000,500,300,200,100pax, Dengan Tawaran Pakej Nikah Sanding, Ruang Kahwin Dan Bertunang , Pakej Majlis Perkahwinan Nikah Sanding.Venue/Dewan Pilihan Di Selangor | KL | Melaka | Negeri Sembilan. Menyediakan katering untuk pelbagai jenis majlis. Antaranya ialah Majlis Perkahwinan, Majlis Jamuan Korporat, Majlis Minum Petang, …
Ikatan sebuah perkahwinan bukan sekadar menjaga diri dari dosa dan maksiat, malah lebih daripada itu dalam melayari bahtera rumah tangga pasangan perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam ikatan perkahwinan tersebut. Menjadi fitrah bagi pasangan untuk memilih disatukan dalam institusi perkahwinan yang bertujuan memperluaskan hubungan kekeluargaan dan mengembangkan zuriat keturunan. Sebuah perkahwinan juga adalah perkongsian hidup …
Sediakan tabung simpanan untuk kahwin. Korang atau pasangan bolehlah buat akaun bank khas untuk kumpul duit kahwin setiap bulan.Jom Survey Pakej Perkahwinan Nikah Sanding