Sebiji Buah Naga Rupanya Bekalkan 4 Jenis Khasiat Untuk Anak, Jadikan ‘Favourite’ Mereka

Buah naga, dragon fruit atau pitaya adalah antara buah-buahan eksotik yang begitu digemari oleh rakyat Malaysia.

Dengan kulit yang unik, isinya lembut dan mempunyai berbutir dengan biji-biji halus yang boleh dimakan. Terdapat tiga jenis warna isinya iaitu warna putih, warna kemerahan atau warna ungu. Walaupun warna isinya berbeza tetapi rasanya tetap sedap.

KHASIAT BUAH NAGA

Banyak vitamin dan mineral yang ada dalam buah naga. Khasiat yang tak terhingga buat anak-anak. Jadikan buah favourite anak-anak anda jugak tau.

Buah naga ada:

  1. Serat

– Bagus untuk pulihkan usus. Prebiotik semulajadi yang patut kita bagi pada anak-anak untuk seimbangkan kehidupan bakteria di usus.

  1. Iron

– Sumber zat besi yang anak-anak sangat perlukan untuk pertumbuhan badan.

  1. Magnesium

– Magnesium penting untuk lebih 300 reaksi kimia yang kawal sistem dalam badan. Cukup magnesium, makin baik sistem badan anak berfungsi.

  1. Vitamin C

– Untuk kuatkan imuniti badan kan. Bila sakit, insyaAllah cepat nak sembuh.

Banyak lagi vitamin dan antioksida yang ada dalam buah naga. Bagi anak makan selalu tau. Pelbagaikan buah, biar anak nampak warna warni buah lagi sedap dari makanan proses.

CARA MEMILIH BUAH NAGA
1.Pilih buah naga yang berwarna merah magenta

Petunjuk yang pertama adalah dari warna kulit buah naga. Pilihlah buah naga dengan warna kulit merah magenta yang menyala terang dan menyeluruh. Warna ini menunjukan buah tersebut sudah matang.

  1. Periksa kepadatan batang buah

Dengan memeriksa kepadatan batang buah naga, anda boleh nampak tingkat kematangan buah naga. Umumnya, buah naga yang sudah matang memiliki batang yang lunak. Batang ini menunjukan buah naga sudah siap dipetik.

  1. Periksa sisik buah naga

Buah naga memiliki tampil yang unik, dengan sisik yang hampir menutupi seluruh permukaan. Nah, mengamati bentuk dan tekstur sisik ini untuk mendapatkan buah naga yang manis. Pilihlah buah naga dengan sisik yang sedikit layu dan tidak keras namun masih berwarna cerah. Hindar buah dengan hujung sisik kecoklatan. Warna tersebut menunjukan buah naga tidak tumbuh dengan baik atau sudah terlalu lama disimpan.

  1. Tekan buah naga untuk memeriksa kekenyalan daging

Menekan buah naga untuk memeriksa kekenyalan dagingnya. Seperti buah alpukat, semakin matang buah naga, dagingnya akan semakin empuk dan kenyal. Oleh itu, pilihlah buah naga yang ketika ditekan terasa empuk. Jika masih keras maka buah naga tersebut belum matang dan masih asam.

  1. Cium aroma buah naga

Jika ingin mendapatkan buah naga yang manis, pilih buah yang mengeluarkan aroma tropis ringan. Aroma ini menunjukan buah tersebut sudah matang dan memiliki rasa yang menyegarkan.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

INFO PAKEJ PERKAHWINAN :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top

As salam, Kami Menyediakan Pakej Kahwin/Katering Lengkap di KL,Selangor, N9 & Melaka. Boleh share detail utk memudahkan urusan 👇